Hati..tempat lahirnya perasaan yang bermacam-macam, yang mana semua manusia dapat merasainya. Tidak kira la perasaan itu yang bagaimana, mungkin suka ataupun duka. Di sebalik hati, tersirat segalanya yang terpendam. Hati ini adalah anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilainya, perlu ke atas setiap insan untuk menjaganya sebaik mungkin. Ini kerana dari hatilah, terbentuklah segala perlakuan kita. Perlakuan insan yang mungkin membawa kepada kebaikan dan juga kepada keburukan.

Hati kita juga wajib dibasahi dengan mengingati Allah s.w.t selalu, kerana di situ terdapat ketenangan yang tidak mungkin kita dapat gambarkan. Hanya yang merasainya mengerti apa yang dimaksudkan. Jagalah hati kita dengan zikrullah.Sesungguhnya kita akan makin dekat denganNya. Barulah hati kita tidak akan resah dan gelisah dalam mencari matlamat hidup yang harus ditujui.

Ana amat berterima kasih buat seorang teman ana, dia sentiasa mengingatkan ana agar jaga hati sebaik mungkin...dia kata kat ana << ada hati suka hati, luka hati sakit hati rasa hati, akhirnya xda hati..>> itu yang bahayanya, bila seseorang dah hilang rasa di hati, amat berat untuk kembali. Inilah yang akan membuatkan diri kita tertekan, hilang semangat dan sebagainya. Dari sinilah, mungkin segala yang negatif bersatu berkumpul menjadi banyak hinggakan tidak dapat mengawal diri lagi. Jauhkanlah semua itu, maka jagalah hati kita dengan sebetulnya.

ya Allah, terima kasih atas nikmat kasih sayang yang kau berikan, hambamu ini bersalah kerna membiarkan syaitan menghasut dan terus menghasut, menguasai akal dan fikiran ini, berdosa dengan orang-orang yang telah hambamu ini sakiti, terlalu banyak..moga Engkau mengampunkannya... sungguhnya hambamu ini khilaf kerna sedikit ujian yang Engkau timpakan ini membuatkan diri ini mengeluh dan melenting. Ampunkanku ya Allah..

Sepatutnya hambamu ini bersyukur kerana sedikit ujian yang hadir adalah tanda nikmat kasih sayang dariMu ya Allah.,tapi kenapa mesti kita mengeluh dan merasa berputus asa sedangkan hati kita ini perlu dididik dengan tarbiah dari Yang Esa. Tanpa tarbiah dariNya, mungkin hati kita ini tidak akan merasai erti kemanisan iman yang lahir dari hati.

Sebenarnya, hati kita juga perlu dididik dengan sifat menerima, menerima segala yang baik, bukannya menolak dan mengelakkan diri. Memang tidak dinafikan, diri manusia ini ingin memberontak bila didatangkan sesuatu yang baik, hasutan syaitan menghasut agar kita jangan dekat. Di sini, dapat kita simpulkan bahawa sememangnya amat perlu hati kita ini dibasahi sentiasa dengan mengingati Allah s.w.t. Barulah hati kita akan terus dapat menerima segalanya dengan hati yang terbuka tanpa ada bantahan terhadap segala yang baik.

berzikirlah selalu...

Hati merupakan aspek penting dalam kehidupan. Hati ini perlu dilatih, dijaga dan dibelai dengan sebaiknya agar tidak mudah goyah bila datangnya sesuatu masalah. Jika hati kita kosong, maka tiada apalah yang dapat kita pegang. Mungkin untuk mengharungi sebuah kehidupan terasa sukar walaupun sebenarnya ianya amat mudah untuk dilalui.

Oleh itu, dekatkanlah hati kita ini kepada Allah s.w.t. Itulah yang sebaik-baiknya ke atas setiap insan. Hati itu diibaratkan permata yang amat mahal harganya, perlu dijaga dan digilap selalu agar semua perkara yang berkaitan hati dapat kita laksanakan dengan jalan yang betul tanpa hadirnya paksaaan. Ingatlah !!! Hati adalah permulaan bagi segalanya kerana dari hatilah lahirnya setiap tujuan...

Jom, perbetulkan diri kembali. Semua coretan di atas adalah ingatan buat diri ana juga. Moga ana perbetulkan semua tujuan ana ini agar tidak tersasar dari matlamat asal.

Tajdid niat, amal dan muhasabah diri selalu !!!! Iktibar untuk semua dari kelemahan diri ana.

p/s : terima kasih kepada semua yang membantu. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segalanya. 
mode : tersedar kembali dari sepi dan kesedihan yang berpanjangan.